7 TAHUN KOMITED MEMBANTU ANDA
Sedari Oktober 2019, Mediklinik Rakyat Dr Naim Ahmad mengorak langkah sulung dengan penubuhan klinik perubatan swasta yang bertempat di Ampang Business Centre (ABC), Ampang Jajar, Alor Setar, Kedah.
Dr. Naim Bin Sarfaraz Ahmad selaku Pengarah Rangkaian Mediklinik Rakyat Dr Naim Ahmad komited dalam menawarkan rawatan dan perkhidmatan terbaik serta mampu milik kepada komuniti setempat. Penubuhan klinik yang beroperasi 23 jam setiap hari termasuk cuti umum dan semua cuti perayaan menjadi nilai tambah yang penting dalam hala tuju bidang kesihatan di kawasan sekitar.
Kini, terdapat tiga belas (13) buah cawangan Rangkaian Mediklinik Rakyat Dr Naim Ahmad sekitar Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak hasil kepercayaan pelanggan-pelanggan kami yang menyokong sejak dari awal penubuhan klinik sehingga kini.
Penubuhan Pejabat Urusan dan Medifarmasi Rakyat sebagai farmasi pertama Rangkaian Mediklinik Rakyat Dr Naim Ahmad pula menjadi visi dan komitmen kami dalam menelusuri arus perniagaan bidang kesihatan di samping dapat memberi peluang kepada pertumbuhan ekonomi setempat.
BUAH NEGERI DI UTARA
BUAH KLINIK CAWANGAN
ORANG KAKITANGAN
IBU PEJABAT
MEDIFARMASI RAKYAT
VISI
Menjadikan Mediklinik Rakyat Dr Naim Ahmad sebuah klinik yang dikenali dengan perkhidmatan kesihatan yang cemerlang dan berpatutan kepada semua komuniti dan kelompok masyarakat tanpa mengira lapisan umur dan bersifat mesra keluarga.
MISI
Mediklinik Rakyat Dr Naim Ahmad akan berusaha menambahbaik kesihatan individu, keluarga dan masyarakat dengan berpandukan amalan dan garis panduan perubatan yang terkini selari dengan perkembangan teknologi, melalui gandingan kerjasama kakitangan yang mesra, cekap, proaktif dan inovatif.
OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan perubatan yang bersifat komprehensif dan realistik melalui:
- Keterbukaan kepada semua lapisan masyarakat
- Promosi dan pendidikan kesihatan yang berterusan kepada semua
- Budaya korporat dan amalan nilai murni
- Peningkatan kualiti yang berterusan
Pegawai -Pegawai Perubatan Kami
Dr Naim Bin Sarfaraz Ahmad
Pengarah
In Cas Alor Setar
MBBCh, Egypt
Dr Nur Zahidah Binti Hosman
Pegawai Perubatan Pentadbir
MBBCh, Egypt
Dr Muhamad Firdaus Bin Mohd Bahar
In Cas Jitra
MBBCh, Egypt
Dr Razwan Bin Shaari
In Cas Sungai Petani & Bertam
MBBS, India
Dr Hanif Bin Kamil Puat
In Cas Langkawi & Ipoh
MuDr, Czech Republic
Dr Ibrahim Bin Abu Bakar
In Cas Kangar
MBBCh, Egypt
Dr Muhammad Adwam Bin Ismail
In Cas Arau
MBBCh, Egypt
Dr Ahmad Naufal Bin Sokri
In Cas Georgetown & Perda
MBBCh, Egypt
Dr Muhammd Azran Bin Mat Rashid
In Cas Taiping
MBBCh, Egypt
Dr Ahmad Fadzil Bin Abdul Hamid
In Cas Sitiawan
MBBCh, Egypt
Dr Muhammad Zainurul Ikram Bin Ismail
In Cas Kuala Kangsar
MBBCh, Egypt
En Ismail Bin Mat Zali
Pegawai Farmasi
B.Pharm, IIUM